CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 16, 2011

Kamu solat 5 Waktu tetapi.........

Assalamualaikum wbr..
Renung-renungkan dan selamat beramal..
Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya
kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu
padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya...... .kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang
memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu ,
membeli rumah , kereta dan sebagainya.. .....tetapi hatimu masih belum puas , 
kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu ,
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak 
tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu ,
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di 
sisi kamu itu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan
wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada
fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu 
hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu 
raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu
sesuatu musibah itu datang daripada Allah.
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun 
menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal
ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
 "Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Kecil Hati???emmm...





Minta maaf kalo ada tersalah silap….
mungkin saya pon antara salah seorangnyer…
yang berkecil hati…heeeee..saya manusia biasa….

J

~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ???




 Ayah     : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak     : Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah     : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak     : *blur (>,<)'
Ayah     : Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati  dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak     : Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah     : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak     : *termakan cili . hee (",)'



~ So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu,  Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail.. Hendaklah kamu mengambil ikan
itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula kedalam air begitu sahaja...

Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya..
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA   selagi ia masih
hidup..

Begitulah juga..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN   kepada seseorang ..
Setelah ia mulai MENYAYANGI   kamu..
Hendaklah kamu MENJAGA   hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA   begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA   oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin TIDAK   dapat MELUPAKAN   segalanya selagi dia masih mengingati
kamu..

Jika kamu MENADAH   air biarlah berpada..
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh..

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU   sahaja..
Kerana apabila ia mulai RETAK  ..tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula.. Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..

Begitulah  juga..

Jika kamu sedang memiliki seseorang..  TERIMALAH   dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu
istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa.. Kerana apabila dia melakukan
KESILAPAN  .. tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir
hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu
merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja..


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ..
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain.. Kerana
terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ..
Kelak, nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya
lagi..
Kamu akan MENYESAL  ..

Begitulah juga..

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  .. Yang kamu pasti boleh
membawa KEBAIKAN kepada dirimu.. MENYAYANGIMU  ..  MENGASIHIMU  ..dan
MENCINTAIMU  ..
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain..
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ..
Kelak, dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   apabila dia
menjadi milik orang lain..
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi..

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN   kerana ia bukanlah
faktor utama KEBAHAGIAAN   yang sempurna, sedangkan jika kita boleh
memaafkan KESILAPAN   orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR   dengan apa yang kita sudah MILIKI
.kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  .itu lebih BERMAKNA  !


"Begitu hidup ini tiada yang abadi..

Saturday, November 19, 2011

Payung Emas - Slot Carekarama


Morning semua! Dah alang – alang line internet aku tengah laju, aku nak post something dalam entry nie..


Payung Emas - Slot Carekarama

Dah tengok entry nie bertitle ‘Payung Emas’ sebuah telefilem terbitan Outloud Studios yang akan ditayangkan dalam Slot Cerekarama TV3 pada 19 November (Sabtu) jam 10 malam ini.


Ia diarahkan oleh Jamal Khanskrip oleh Pak Ndak dan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal tempatan seperti Remy Ishak, Farahdhiya, Hanez Suraya, Ozlynn Waty dan Rosnah Johari. Payung Emas merupakan sebuah telefilem drama keagamaan yang menyentuh isu pergolakan rumah tangga dan pengorbanan seorang isteri.












Telefilem ini mengisahkan Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.


Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.

Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat.

Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?



Saksikan telefilem ini yang bakal disiarkan di TV3.

Friday, November 18, 2011

~ FAMILY ~

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, 
"Oh maafkan saya, saya tak perasan" 


Katanya "Maafkan saya juga, 
Saya tak nampak saudara" 


Kami amat bersopan dan saling menghormati, 
Kami saling melambai sambil berlalu pergi, 


Tetapi di rumah lain pula ceritanya, 
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda, 


Lewat petang, tika memasak makan malam, 
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam, 


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, 
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh" 


Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, 
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, 


Sedangku berbaring di katil mendengar musik, 
Terdengar suara halus datang membisik, 


"Bila bersama orang tak dikenali, 
Begitu bersopan dan merendah diri, 
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci", 


"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, 
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur", 


"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, 
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu", 


"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, 
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu", 


Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, 
Airmataku mencurah ibarat air di kali, 


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, 
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil" 


"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? 
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak" 


"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, 
ibu tentu suka terutama yang unggu, 


"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, 
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini, 



Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, 
Saya tetap sayang ibu melebihi segala, 


Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, 
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu, 



FAMILY 



Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, 
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, 
dalam hanya beberapa hari? 


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, 
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. 



Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, 
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. 
Bukankah begitu? 


Jadi apakah maksud yang tersirat? 


Tahukah anda makna "FAMILY"? 
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU 




" 
HARGAILAH KELUARGA ANDA "

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta



1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatnya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintanya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang namun untuk merelevankannya mengambil masa,namun percayalah ini jalan terbaik untukmu… MOGA KELAK KAMU TIDAK KECEWA.

~ Tentang Dhia - Slot Akasia TV3 ~



Actually nama asal drama Slot Akasia adalah Zikir Buat Dhia tetapi telah di tukar kepada Tentang Dhia, sebanyak 26 episod setiap  hari isnin - khamis pada pukul 7.00pm  until 8.00pm. Hasil nurkilan dan arahan Azlina pa wan dibarisi dengan lakonan mantap Ady Putra, Nora Danish, Tasha Shila, Ako Mustapha, Izreen Asminda, Puteri Sarah dan ramai lagi.




Sinopsis cerita Tentang Dhia:-

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia (Nora Danish) dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut dan merasakan dirinya lebih sesuai.


Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut, sifat rendah diri, pandai mengambil hati dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi
 seorang  anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.


Dhia memilih Azmi sebagai tunangnya dan bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi. Raffi yang ikhlas mencintai Dhia, namun tetap redha dengan keputusan Dhia.


Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi  dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mendapati dirinya telah mengandung tetapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.


Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih- lebih lagi apabila majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tidak mengaku kalah malah dia menyerang Azmi semasa majlis pernikahan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,  hidup Dhia didatangi pula Zikir (Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur. Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya, Fendi. Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (Tasha Shila).


Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose?

**Tak sabar nak tengok last episod...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik "HEARTBEAT"..Thanx :-*