CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Loading...

Tuesday, June 1, 2010

myMetro | Peluang kerja untuk pelajar lepasan SPM

myMetro | Peluang kerja untuk pelajar lepasan SPM

Peluang kerja untuk pelajar lepasan SPM


2010/06/01


KUALA LUMPUR: Jika diberitahu kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelulusan sederhana bahawa mereka masih berpeluang sambung belajar dibiayai biasiswa dan dijamin pula mendapat kerja tetap selepas tamat pengajian, kemungkinan besar mereka tidak percaya.
Tapi inilah realiti apabila pelajar mendaftar untuk Skim Perantisan Mekatronik yang ditaja sepenuhnya oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Selain belajar secara percuma, pelajar yang menyertai skim ini akan diberi elaun bulanan RM400 yang ditaja pihak industri selain dijamin mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.

Kursus ini boleh diikuti di Pusat Teknologi Auto Prima, yang dilantik sebagai penyedia latihan skim itu oleh Kementerian Sumber Manusia. Pusat ini juga diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Penyelia Latihan Kelas A sebagai pusat teknologi yang memiliki tenaga pengajar profesional dalam Pendidikan Kemahiran Teknikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Auto Prima, Juhaidi Yean Abdullah, berkata pengajian selama 15 bulan di pusat yang terletak di Shah Alam itu merangkumi empat bidang utama dalam industri pembuatan dan pengeluaran.

“Pengajian kemahiran ini merangkumi bidang mekanikal, elektrik, elektronik dan robotik. Sebahagian besar, yakni 70 peratus sukatan program ini adalah latihan amali di bengkel yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan kemasukan, sila hubungi Unit Kaunseling dan Perhubungan Awam Auto Prima di talian 03- 51217153 begin_of_the_skype_highlighting 03- 51217153 end_of_the_skype_highlighting, 51214200 atau 51242621.

1 comment:

  1. thx blogger for this info... good job n keep going...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik "HEARTBEAT"..Thanx :-*